Wednesday, 1 June 2011

Persijilan Kemahiran Malaysia

CONTOH SIJIL SKM



Thursday, 26 May 2011

Persijilan Kemahiran Malaysia

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

LATARBELAKANG

MLVK DITUBUHKAN PADA 2 MEI 1989 MELALUI PENYUSUNAN SEMULA LLPPKK (1971) BAGI :
                            § MERUMUS
§ MENGGALAK
 §    MENYELARAS
STRATEGI DAN PROGRAM LATIHAN VOKASIONAL DAN PERINDUSTRIAN SEJAJAR DENGAN PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA. SEHUBUNGAN ITU SATU AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2006 (Akta 652) ATAU NASDA TELAH DILULUSKAN OLEH YANG DIPERTUAN AGONG PADA 29 JUN 2006 DAN AKTA NASDA INI TELAH DIKUATKUASAKAN PADA 1 SEPTEMBER 2006. PADA TAHUN 2006 JUGA PIHAK KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA TELAH MELAKUKAN TRANSFORMASI DENGAN MENUKAR NAMA MLVK KEPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) INI ADALAH SELARAS DENGAN OBJEKTIF JPK DALAM MENGARUSPERDANAKAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA HINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA.

PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA


SATU KAEDAH DI MANA JPK MENGANUGERAHKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) KEPADA MEREKA YANG LAYAK INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK:

  • MERANGKUMI KEMAHIRAN YANG LEBIH TINGGI
  • MENINGKATKAN TARAF PEKERJA MAHIR  KEPADA JURUTEKNIK DAN PEKERJAAN YANG LEBIH TINGGI

KAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA


1.  KAEDAH PENTAULIAHAN

2.  KAEDAH PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

3.  KAEDAH UJIAN KEBANGSAAN (CTH. NDT)

4.  KAEDAH SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) DAN SISTEM
             PERANTISAN


FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

  • PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA DIIKTIRAF OLEH SEKTOR AWAM DAN INDUSTRI DI MALAYSIA

  • PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MENYEDIAKAN SUATU LALUAN KERJAYA DAN PEMBANGUNAN DIRI YANG MENARIK SETANDING DENGAN LALUAN KERJAYA BERASASKAN KELAYAKAN AKADEMIK
  • PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BERUPAYA MELAHIRKAN PEKERJA MAHIR YANG TERLATIH DAN BERKELAYAKAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN DAYA SAING INDUSTRI TEMPATAN DI PASARAN DUNIA.

PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

APA ITU PPT?
PPT MERUPAKAN KAEDAH UNTUK SESEORANG MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN SECARA RASMI TERHADAP KEMAHIRAN YANG TELAH DIMILIKI. JIKA  SESEORANG BERUPAYA MEMBUKTIKAN BELIAU TELAH MENCAPAI TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN UNTUK SESUATU KELAYAKAN KEMAHIRAN, BELIAU BOLEH MENDAPATKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TANPA  PERLU MENJALANI LATIHAN FORMAL.
DEFINISI PPT
KAEDAH PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU YANG BERDAFTAR SEBAGAI CALON UNTUK MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN BAGI KETERAMPILAN SEMASA, BERDASARKAN PENCAPAIAN TERDAHULU.
TUJUAN PPT

PENGIKTIRAFAN TERHADAP KETERAMPILAN YANG SEDIA ADA PADA SESEORANG INDIVIDU YANG DIPEROLEHI MELALUI PENGALAMAN KERJA, PENGALAMAN HIDUP DAN LATIHAN SECARA FORMAL ATAU TIDAK FORMAL DENGAN MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA MENDAPATKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA.

PRINSIP  PPT
§       KAEDAH MENILAI KETERAMPILAN SEMASA BERDASARKAN PENCAPAIAN TERDAHULU
§       CALON TIDAK PERLU MENGIKUTI LATIHAN SECARA FORMAL
§       BUKTI BUKTI KETERAMPILAN YANG SAHIH BOLEH PERCAYA DAN MENCUKUPI DIPERLUKAN
         UNTUK DINILAI SEBELUM PENGIKTIRAFAN DIBERIKAN.
SIAPA YANG LAYAK BERDAFTAR SEBAGAI CALON PPT?
SESIAPA SAHAJA YANG TELAH MEMILIKI KEMAHIRAN MELALUI PENGALAMAN/PENCAPAIAN TERDAHULU DAN INGIN KELAYAKAN KEMAHIRAN, BOLEH MENDAFTAR SEBAGAI CALON. CALON PERLU MEMASTIKAN BAHAWA BELIAU BERUPAYA UNTUK MENGEMUKAKAN  BUKTI-BUKTI KETERAMPILAN YANG SAH BERDASARKAN KEPERLUAN NOSS.
KEPENTINGAN PPT

PERSPEKTIF CALON
§        TIDAK PERLU MENJALANI LATIHAN SECARA FORMAL
§        PERSIJILAN DALAM MASA YANG SINGKAT
§        PENJIMATAN KOS
§        LANGKAH KE ARAH PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA

PERSPEKTIF MAJIKAN
§        PENJIMATAN KOS UNTUK TUJUAN LATIHAN
§        PENINGKATAN MOTIVASI DI KALANGAN PEKERJA
§        PEKERJA BERMOTIVASI AKAN MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

PERSPEKTIF NEGARA
§       MEMBANGUNKAN TENAGA KERJA BERPENGETAHUAN (K-WORKER )
§       MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP TENAGA KERJA ASING
§       KE ARAH MENJAYAKAN HASRAT MENJADIKAN NEGARA BERPENENDAPATAN TINGGI( HIGH INCOME COUNTRY )